Gurauan Juga Ada Batasannya

Wednesday, April 27, 2011
Posted by 10titik

Hari ini, selepas pulang sahaja dari sekolah, aku terus menelefon GF aku untuk bertanyakan khabarnya. Sudah 3 hari dia tidak datang ke sekolah kerana demam dan selsema. Pada hari ini, aku menelefonnya bertanyakan khabarnya dan katanya, "sihat dah sikit2, jangan risau. Hehe". Serta aku bertanyakan juga bagaimana cadangan aku yang hendak pergi ke rumahnya hari sabtu ini (sabtu, 30-04-11). Katanya tidak boleh kerana kakaknya yang dari (lupa) pada hari itu hendak pulang ke rumahnya dan ia khuatir akan bekata apa-apa tentang aku. Jadi rancangan aku pada hari sabtu itu terpaksa dibatalkan walaupun aku berasa sangat kecewa. Kami berubah topik dari rancangan kepada topik kosong. Dia berkata, "aduh, sakit betul bibir ni terhantuk dekat almari, berdarah dah sedikit". Terus aku bertanya, "sedap tak? Hehe" atas niat untuk bergurau. Terus dia berkata, "tak mengapalah kalau begitu, tak nak lagi lah mesej" dengan cara yang aku kiranya seperti merajuk dan amat terasa hati. Aku terus menghantar berkeping-keping mesej minta maaf tetapi tiada balasan satu pun, aku terus menelefon dia tetapi langsung tidak di jawab. Lantas aku keluarkan ayat yang berbisa. Begini mesejnya, "(nama dia), awak tak sayang saya lagi dah ke? Macam ni la, saya minta maaf banyak-banyak dekat awak dan tiada satu pun niat di hati saya nak melukakan hati awak. Saya sayang sangat kat awak. Macam ni la, kalau awak tak reply mesej ni sehingga malam ni, bererti awak memang dah tak sayang saya lagi dah. (Saya harap sangat-sangat agar awak reply)". Lantas dia balas mesej tersebut dengan mengatakan, "awak ni jangan la sampai macam tu sekali". Saya terus meminta maaf berkali-kali, dan dia berkata, "ye la tu, cuma hilang mood nak mesej". Saya bertanya yang dia masih sayang saya lagi ke tak? Dia berkata yang dia sangat sayang dekat saya. Begitulah pengajarannya, gurauan juga ada batasannya dan berfikirlah dahulu sebelum membuat sebarang gurauan tidak mengira GF anda, keluarga anda, kawan anda dan lain-lain.

Labels:

0 comments: