Penerima Netbook
Tuesday, April 26, 2011Aku adalah antara yang bertuah dalam sekolah aku kerana telah menerima Netbook sumbangan daripada SKMM. Antara 200+ lebih nama aku terdapat di nombor 4. Aku diberi borang Netbook untuk diisi. Pada keesokan harinya, PK HEM membuat pengumuman penerima Netbook mesti pergi ke Sekolah Menengan Kebangsaan Seberang Takir untuk menerima Netbook tersebut. Pada keesokan harinya (selasa, 26-04-2011) aku, mak aku serta sepupu aku pergi ke sekolah tersebut untuk menerima Netbook tersebut. Setelah sampai di sana kira-kira pukul 8 lebih yang dimana pada masa itu juga hujan lebat memang menyukarkan aku. Aku serta semua pelajar dari semua sekolah di arahkan untuk masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat ringkas berkenaan dengan Netbook, cara penggunaannya, dan lain-lain lagi. Kami (pelajar) diarahkan agar mendaftar pakej jalur lebar untuk mendapat akses internet dengan percuma selama sebulan. Selepas selesai, kami diarahkan untuk keluar daripada dewan dan ibu bapa penjaga diarahkan masuk ke dewan untuk mendengar taklimat daripada Y.B.. Selesai sahaja Y.B. berucap serta telah merasmikan majlis pelancaran atau pembahagian Netbook, pelajar dari sekolah-sekolah diarahkan untuk beratur di tepi dewan untuk menerima Netbook. Hanya sekolah yang disebutkan atau dipanggil akan beratur di tepi dewan sementara sekolah-sekolah yang lain menunggu giliran untuk dipanggil. Sekolah aku adalah sekolah yang paling ramai diantara sekolah-sekolah yang menerima Netbook dengan bilangan 272 orang pelajar sementara sekolah lain 10 hingga 254 orang pelajar sahaja. Ia mengambil masa selama 8 jam lebih untuk siap dan ianya amat memenatkan kerana daripada pagi hingga petang aku hanya berbekalkan air masak sahaja tanpa makanan. Setelah menerima Netbook aku pulang dengan hati yang puas dan memenatkan.